Tasik Toba
Tasik Toba | |
---|---|
Koordinat | |
Jenis | Gunung berapi/tektonik |
Aliran keluar utama | Sungai Asahan |
Negara lembangan | Sumatera Utara, Indonesia |
Panjang maksimum | 100 km |
Lebar maksimum | 30 km |
Luas permukaan | 1130 km² |
Kedalaman maksimum | 505 m[1] |
Isi padu air | 240 km³ |
Ketinggian permukaan | 905 m |
Pulau | Samosir |
Danau Toba ialah tasik (atau "danau") yang terbesar di Indonesia, dengan 100 kilometer panjangnya serta 30 kilometer lebarnya. Terletak di tengah bahagian utara Sumatera, dengan aras permukaan setinggi lebih kurang 505 meter atau 1,657 kaki (menurut perhitungan Direktorat Polisi Air Baharkam Polri), tasik ini terbentang dari 2.88° U 98.52° T ke 2.35° U 99.1° T.
Geologi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1949, Rein van Bemmelen, ahli geologi Belanda, melaporkan bahawa Danau Toba ialah sebuah kaldera gunung berapi yang besar yang dikelilingi oleh selapis batuan ignimbrit. Para penyelidik yang kemudian menemui debu riolit yang serupa dengan lapisan ignimbrit Danau Toba (kini dipanggil Tuf Toba Muda untuk membezakannya daripada lapisan-lapisan yang termendap oleh letupan-letupan dahulu) di Malaysia dan India, iaitu sehingga 3,000 kilometer jauhnya dari danau ini. Para ahli oseanografi menemui debu Toba yang memiliki ciri-ciri kimia tersendiri di dasar Lautan Hindi timur serta Teluk Benggala.
Penduduk
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan penduduk di sekeliling Danau Toba adalah orang Batak. Rumah-rumah Batak tradisional dikenali oleh bumbung-bumbung tersendiri (yang melengkung ke atas pada setiap hujungnya, seolah-olah badan kapal) serta hiasan-hiasan yang berwarna-warni.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Rampino, Michael R. and Stephen Self (1993). "Climate-volcanism feedback and the Toba eruption of 74,000 Years Ago". Quaternary Research. 40 (3): 269–280.
- Vazquez, Jorge A. and Mary R. Reid (2004). "Probing the accumulation history of the voluminous Toba Magma". Science. 305 (5686): 991–994.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Imeg satelit Peta Google
- Laman web Volcano.umd.edu : Toba, Sumatera, Indonesia Diarkibkan 2006-06-26 di Wayback Machine — Dicapai pada 11 Disember 2005
- Stanley H. Ambrose, Musim Sejuk Gunung Berapi, dan Pembezaan Manusia Moden — Dicapai pada 11 Disember 2005
- Laman web National Geographic : Siapa Yang Tahu oleh Joel Achenbach — Dicapai pada 11 Disember 2005
- George Weber, Gunung Berapi Toba
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Danau Toba.